STR 2023

Rasmi : Bayaran STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan Sehingga RM900

Jawapan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai bilakah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kini telah terjawab.

Anda sedia maklum, bayaran bagi fasa 1 dan 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Terkini, menerusi perkongsian media sosial seperti Facebook, ramai mendakwa yang bayaran fasa ketiga telah dikreditkan ke akaun mereka. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

BAYARAN TELAH DIKREDITKAN

Jika dilihat menerusi perkongsian di media sosial seperti Facebook, segelintir penerima yang layak meluahkan rasa gembira berikutan bayaran STR Fasa 3 telah dikreditkan ke akaun mereka.

Untuk makluman, penerima yang tidak menerima pada bayaran fasa 1 dan 2, bayaran telah dikreditkan serentak dengan fasa ketiga ini dan terima bayaran berjumlah RM900.

Berikut adalah ‘skrinshot’ yang sempat kami dapatkan melalui perkongsian tersebut :

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 ini akan mula dilaksanakan :

  • 26 JUN 2023 (ISNIN)

Untuk makluman anda, bayaran akan dilakukan secara berperingkat. Bagi semakan status kelayakan penerima pula, ianya boleh dibuat pada tarikh yang sama.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Related Articles

2 Comments

  1. Saya seperti penama di atas,pertanyaan saya..adakah saya layak untuk menerima bantuan dari kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button