KWSP

Rasmi : Bantuan Khas RM500 Kepada Pencarum KWSP – Semak Sekarang!

Sehingga kini, rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih berharap agar pengeluaran Khas KWSP dapat dibenarkan. Pelbagai cara telah diusahakan agar pihak kerajaan bersetuju namun sehingga kini ianya masih tidak dibenarkan.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa setiap pencarum KWSP yang berkelayakan adalah layak untuk menerima bantuan berjumlah RM500.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP

Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM500

Mengikut maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Selepas ahli berumur 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai bantuan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2023 ini. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, boleh sila klik pautan di bawah :

Related Articles

One Comment

  1. Saya berumur 56 tahun.dan di sini,saya ingin bertanya kepada pihak tuan?adakah saya layak menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 tu?atau pun tidak?Dan bagaimana cara nya untuk menyemak kelayakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button