Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan, bayaran STR 2023 ini akan melalui 4 fasa bayaran.
Pada bulan ini, kategori bujang di Malaysia bakal menerima bantuan tunai sehingga RM200 seorang. Ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
JADUAL & TARIKH BAYARAN
Sebelum ini, bayaran STR bagi fasa ketiga akan disalurkan pada Julai hadapan. Namun, baru-baru ini kerajaan telah bersetuju bayaran ketiga ini akan disalurkan pada :
- JUN 2023 (Sebelum Raya Haji)
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik diumumkan. Pihak kami jangkakan bayaran akan diawalkan.
BANTUAN BUJANG RM150 – RM200
Pada Julai hadapan, kategori bujang akan menerima bantuan kewangan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :
- Warga Emas Sebatang Kara – 61 Tahun Keatas (RM5,000 Kebawah)
- RM200
- Bujang 21 – 59 Tahun (RM2,500 Kebawah)
- RM150
- Bujang OKU 19 – 59 tahun (RM2,500 Kebawah)
- RM150
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.