STR 2023

Terkini : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Selalu lalu menerusi sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa, bayaran STR Fasa 3 akan disalurkan lebih awal iaitu sebelum hari Raya Haji.

Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan kelayakan bagi fasa ketiga ini. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Bayaran STR fasa 1 dan 2 telahpun dilaksanakan. Bagi Fasa ketiga pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :

  • Sebelum Hari Raya Haji

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik diumumkan. Pihak kami jangkakan bayaran akan diawalkan.

SEMAKAN STR FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button