KWSP

Rasmi : Bantuan Kewangan Berjumlah RM500 Kepada Seluruh Pencarum KWSP

Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada pencarum KWSP.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Pembentangan Belanjawan 2023 Januari lalu.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KWSP

Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM500

Mengikut maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Selepas ahli berumur 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai bantuan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2023 ini. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, boleh sila klik pautan di bawah :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button