i-Fitri Perantau : Bantuan Kewangan RM400 Sempena Aidilfitri Bulan Ini

Tahun ini, kerajaan negeri meneruskan lagi bantuan tunai khas kepada rakyat Malaysia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Sama seperti tahun lalu, kerajaan negeri Terengganu akan memberi bantuan kewangan berjumlah RM400 menerusi program i-Fitri Perantau.

Untuk makluman semua, permohonan bagi bantuan ini telahpun dibuka. Sekiranya anda berkelayakan, anda di alu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian sahaja. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lanjut.

I-FITRI PERANTAU

i-Fitri Perantau ini adalah bantuan khas yang disediakan oleh Kerajaan Neger Terengganu untuk anak perantau yang layak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Setiap anak perantau negeri tersebut, mereka akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM400. Walaubagaimanapun, bantuan tersebut hanya akan disalurkan sekiranya individu itu menepati kriteria yang telah ditetapkan.

KADAR BANTUAN i-PERANTAU

Anak perantau yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak :

  • RM250 – RM400

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu dan menetap di luar negeri (perantau)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu (KIR atau pasangan)
  • Individu yang ingin mohon perlu mengisi terlebih dahulu maklumat peribadi dan keluarga di dalam Sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Kepada penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon
  • Kepada peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman semua, permohonan bantuan i-Fitri Perantau ini telahpun dibuka sehingga :

  • 1 APRIL – 15 APRIL 2023

CARA MOHON

Kepada anda yang ingin memohon, permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari portal rasmi iaitu https://ibantuan.terengganu.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, sila join channel telegram dibawah :

Leave a Comment