BANTUANBELANJAWAN 2023STR 2023

Terkini : Senarai Penerima Bayaran STR Fasa 4 Berjumlah RM900

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula disalurkan pada bulan hadapan iaitu November 2023.

Sehingga kini, seramai 8.7 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan telahpun menerima bayaran bantuan tunai ini bermula dari fasa 1 sehinggalah fasa ketiga masing-masing menerima bayaran RM100 sehingga RM800.

Pada bayaran fasa keempat pula nanti, ianya akan dibayar November depan. Berikut kami kongsikan kepada anda senarai penerima yang akan terima bayaran RM900.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Ketika Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebuah bantuan tunai iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan tunai ini bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah khususnya golongan yang terjejas agar mereka daapt meneruskan kehidupan dengan serba cukup dan selesa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Bayaran fasa keempat ini akan disalurkan pada suku akhir tahun 2023 iaitu, :

  • NOVEMBER 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.

KATEGORI TERIMA RM900 STR FASA 4

Pada November nanti, bayaran bagi fasa ke-4 akan dilaksanakan bagi individu yang layak. Terdapat 1 kategori yang akan terima bayaran RM900, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button