Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Aidilfitri RM700 Telah Diumumkan

Februari lalu, pembentangan Belanjawan 2023 terpaksa dilaksanakan sekali lagi berikutan pembentukan kerajaan baharu dibawah pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim (Kerajaan Perpaduan).
Melalui pembentangan tersebut, sudah tentu pelbagai bantuan baharu diumumkan bagi membantu rakyat Malaysia. Antara bantuan yang diumumkan adalah bantuan kewangan sehingga RM700 untuk sambutan Aildifitri April nanti.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Berita baik untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan tahun ini. Kakitangan awam dan pesara kerajaan bakal menerima bonus aildilfitri April nanti sehingga RM700.
Bayaran bantuan ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
BANTUAN KHAS RM700 & RM350
Melalui pelaksanaan bantuan khas aidilfitri ini, kakitangan awam dan pesara kerajaan masing-masing akan menerima bonus sebanyak :
- Penjawat Awam – RM700
- Pesara Kerajaan – RM350
Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam GRED 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.
TARIKH BAYARAN
Bayaran Bantuan Khas Aildilfitri ini bakal dikreditkan sebelum aidilfitri iaitu :
- 17 APRIL 2023
Mana-penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun masing-masing.
MAKLUMAT LANJUT
UNTUK INFO LANJUT MENGENAI BANTUAN KERAJAAN YANG LAIN, SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH
