Rasmi : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Telah Diumumkan

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

“Seperti yang disebutkan, STR fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terbabit supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.

Sumber : harianmetro

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran STR Fasa 2 ini akan dilaksanakan pada :

  • SEBELUM AIDILFTIRI (APRIL)

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi diumumkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 orang anak – RM750
  • 3-4 orang anak – RM1000
  • 5 orang anak keatas – RM1250

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Leave a Comment