STR 2023

Rasmi : Tarikh Dan Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Jumaat lalu, pembentangan Belanjawan 2023 telah berlangsung dimana pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkongsian kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai tarikh bayaran dan kadar bayaran yang bakal diterima pada STR Fasa 2 nanti.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Terbaru, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa 2 akan dilaksanakan pada :

  • APRIL 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi yang diumumkan. Kami JANGKAKAN, bayaran fasa kedua ini akan dilaksanakan sebelum Aidilfitri April nanti. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 orang anak – RM750
  • 3-4 orang anak – RM1000
  • 5 orang anak keatas – RM1250

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button