KWSP

KWSP 2.0 : Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Sebelum Aidilfitri 2023

Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih berharap agar Pengeluaran Khas 2.0 dapat dilaksanakan.

Pelbagai cara telah diusulkan kepada pihak kerajaan supaya pengeluaran ini dapat dibenarkan dalam masa terdekat.

Terbaru, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu bahawa, sekiranya pengeluaran ini dapat dilaksanakan, ianya tidak sama sekali menjejaskan dana KWSP.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

PENGELUARAN KHAS RM10,000

Prorakyat mencadang agar pengeluaran khas itu diluluskan berdasarkan syarat dan mengikut kaedah sama seperti dilaksanakan sebelum ini.

Tuntutan pengeluaran RM 10,000 hingga RM 30,000 secara one-off tidak akan menganggu pelabur KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mempertimbangan pengeluaran khas KWSP ini.

KLIK SINI JOIN TELEGRAM!!

KESEMPITAN HIDUP PERLU DIUTAMAKAN

Presiden 40M, Encik Roslan Mohd Arif berkata pengeluaran tersebut seharusnya dibenarkan kerana ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.

Tambah beliau, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandang pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang telah bankrap dan paling buruk sampai bunuh diri.

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya.”

ALTERNATIF LAIN

Pertubuhan itu juga menyebut beberapa alternatif lain selain tuntutan pengeluaran khas ini, antaranya :

  • Kerajaan perlu mengeluarkan dana hingga beri dana RM1,000 kepada pencarum memerlukan atau menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 kepada sekurang-kurangnya RM800 atau RM1,000 sebulan.
  • Hasil cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti kerajaan luar seperti United Kingdom, Australia yang bantu rakyatnya mengatasi isu kelangsungan hidup.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button