Seperti yang kita tahu, pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh JKM ini dalam membantu golongan rentan dan terjejas seperti B40 contohnya seperti, untuk warga emas, bantuan untuk seisi keluarga, bantuan untuk kanak-kanak, bantuan untuk OKU, dan banyak lagi.
Namun, adakah anda tahu bahawa bantuan yang disediakan JKM ini tidak hanya tertumpu kepada jenis bantuan yang disebutkan di atas, akan tetapi ianya juga tertumpu bagi membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700 secara one-off.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut mengenainya.
BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM
Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off).
OBJEKTIF UTAMA
Objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah :
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
KADAR BANTUAN
Sekiranya individu yang berkelayakan bagi menerima bantuan ini, mereka akan mendapat bayaran bantuan sebanyak :
- Maksimum RM2700 (one-off)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi menerima bantuan ini :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Syarat Khusus
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
- Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
- Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara memohon Bantuan Geran Pelancaran JKM :
- Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
- Sila dapatkan borang permohonan anda secara atas talian di pautan berikut :
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Download Borang
Sumber : Geran Pelancaran JKM
CARA MOHON BANTUAN
Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Download Borang - Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
Download Borang
SEMAKAN BANTUAN
Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Login ID anda yang telah berdaftar
- Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian‘
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak‘
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:
- Telefon : 03 8000 8000
- Faks : 03 8323 2045
- Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.