Bayaran Bantuan Khas Sehingga RM1000 Mula Dikreditkan

judul gambar

Dari Kerajaan terdahulu sehinggalah Kerajaan ketika ini, kebajikan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas tidak pernah terabai. Bahkan, pelbagai bantuan baru telah dilaksanakan.

Ini menunjukkan, kerajaan Malaysia sentiasa komited bagi membantu golongan yang terjejas ini kerana mereka sedar dengan keadaan ekonomi negara ketika ini tidak menentu.

Maka oleh itu, pelbagai bantuan telah dan akan disalurkan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat Malaysia. Untuk makluman, pada bulan Februari ini bantuan tunai sehingga RM1000 akan disalurkan kepada mereka yang layak.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

BANTUAN SEHINGGA RM1000

Anda sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian

Setiap bulan, akan menyalurkan bantuan tunai bermula RM150 sehingga RM1000 kepada penerima yang layak. Berikut dikongsikan senarai bantuan yang bakal disalurkan pada Februari ini.

BAYARAN TELAH DIKREDITKAN

Berikut adalah perkongsian yang sempat kami skrinshot yang mendakwa bayaran bantuan JKM telah dikreditkan :

SENARAI BANTUAN SEHINGGA RM1000

Bantuan Kanak-Kanak

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Bantuan Warga Emas

  • RM500 Sebulan
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

Bantuan Am Persekutuan

  • Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  • Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya

  • RM450 Sebulan
  • Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

BANTUAN LAIN

Untuk mengetahui bantuan lain yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sila KLIK SINI!

TARIKH BAYARAN

Seperti kebiasaannya, tarikh bayaran bulanan bantuan tunai JKM ini akan mula dikreditkan bermula :

  • 1 – 10 Februari 2023

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk Di Sini.

Leave a Comment