BANTUAN

Bantuan Tunai RM300 Sempena Aidilfitri Disalurkan Mula Hari Ini – Semak Sekarang!

Sama seperti tahun sebelumnya, i-Fitri merupakan salah satu bantuan tunai sempena menyambut Aidilfitri yang disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini telahpun dibuka. Setiap kelayakan, penerima akan terima bayaran berjumlah RM300 (one-off). 

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

I-FITRI 2023

i-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2022, bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, bantuan kewangan adalah berjumlah RM300.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan i-Fitri ini telahpun dibuka bermula :

  • 19 MAC sehingga 31 MAC 2023

KADAR BAYARAN

Setiap kelayakan, penerima yang layak akan terima bayaran sebanyak :

  • RM300 (one-off)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakannya :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (B40)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
  • Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, mereka yang layak akan menerima bayaran bermula :

  • 17 APRIL 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, boleh rujuk di web rasmi ini https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button