STR 2023

STR 2023 : Permohonan Baru & Kemaskini Maklumat Penerima

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah disalurkan bermula Selasa  lalu dan ianya akan dilakukan secara berperingkat.

Baru-baru ini, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada pembaca bagaimana cara untuk membuat permohonan baru? Apakah penerima BKM sebelum ini perlu membuat kemaskini STR tahun ini?

Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :

  • 17 Januari 2023

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI STR

Untuk pendaftaran dan kemaskini STR 2023 ini, berikut adalah cara-caranya :

Permohonan STR 2023

  1. Klik MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Siap dan berjaya mendaftar.

Kemaskini STR 2023

Untuk makluman kepada anda semua, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) fasa 1 ini, sebarang kemaskini maklumat tidak diperlukan. 

Ini kerana, bayaran akan dikreditkan automatik mengikut maklumat data BKM 2022 lalu.

KADAR BAYARAN FASA 1

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100

UNTUK INFO MENGENAI LAIN-LAIN BANTUAN, BOLEH JOIN CHANNEL TELEGRAM KAMI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button