STR Fasa 1 : Jadual Tarikh Bayaran Mengikut Jenis Bank Penerima

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah disalurkan bermula hari kelmarin dan ianya akan dilakukan secara berperingkat.

Baru-baru ini, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Jika di lihat perkongsian melalui media sosial, segelintir penerima yang layak tetanya-tanya mengapa bayaran mereka belum dikreditkan? Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda jangkaan tarikh bayaran mengikut jenis bank.

Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :

  • 17 Januari 2023

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT BANK

Berikut adalah tarikh jangkaan bayaran bai STR Fasa 1 mengikut jenis bank penerima :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bermula 15 Januari 2023
  • Bank Islam – 16 Januari Hingga Kini
  • Maybank – Lewat sedikit, mungkin bermula 17 Januari
  • CIMB Bank – Bermula 17 Januari
  • Public Bank – 17 Januari
  • Bank Rakyat – 17 Januari
  • Lain-lain Bank – Kemungkinan besar bermula 17 Januari dan hari-hari seterusnya.

Sekiranya anda adalah penerima yang layak akan tetapi tiada akaun bank, bayaran STR anda boleh ditebus secara tunai di kaunter BSN berhampiran kawasan anda.

Anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan anda agar proses penunaian bayaran STR berjalan lancar.

KADAR BAYARAN

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100

UNTUK INFO MENGENAI LAIN-LAIN BANTUAN, BOLEH JOIN CHANNEL TELEGRAM KAMI

1 thought on “STR Fasa 1 : Jadual Tarikh Bayaran Mengikut Jenis Bank Penerima”

Leave a Comment