STR 2023

STR Fasa 1 : Kategori Isi Rumah & Bujang Telah Terima Bayaran RM100 – RM300

Hari ini merupakan hari ketiga bagi pelaksanaan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 (STR Fasa 1).

Sebanyak 3 kategori telah mendapat manfaat bantuan ini iaitu bagi kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan. Masing-masing kategori ini akan menerima bayaran bermula RM100 – RM300.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Melalui kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sebentar tadi, bantuan yang telah dilaksanakan sebelum ini akan ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan ketika ini menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Melalui pelaksanaan STR Fasa 1 ini, ianya akan memanfaatkan seramai 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion.

BAYARAN STR FASA 1 TELAH DI KREDITKAN

Jika kita lihat melalui perkongsian di media sosial, beberapa penerima mendakwa bahawa bayaran BTR Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka.

Berikut adalah bukti dimana pembayaran telah dikreditkan :

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Kerajaan telah bersetuju akan mula melaksanakan bayaran STR Fasa 1 berkuatkuasa bermula :

  • 17 JANUARI 2023

KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah kategori bagi penerima bayaran STR Fasa 1 ini :

  • Kategori Isi Rumah (Keluarga)
  • Kategori Bujang
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan

KADAR BAYARAN BTR FASA 1

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100

SEMAKAN STR FASA 1

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button