Uncategorized

RASMI : Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bermula 17 Januari – Semak Sekarang!

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebentar tadi.

Untuk makluman anda semua, sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) dan kini, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai tarikh bayaran dan maklumat terperinci Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Melalui kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sebentar tadi, bantuan yang telah dilaksanakan sebelum ini akan ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan ketika ini menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Melalui pelaksanaan STR Fasa 1 ini, ianya akan memanfaatkan seramai 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Kerajaan telah bersetuju akan mula melaksanakan bayaran STR Fasa 1 berkuatkuasa bermula :

  • 17 JANUARI 2023 (ESOK)

KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah kategori bagi penerima bayaran STR Fasa 1 ini :

  • Kategori Isi Rumah (Keluarga)
  • Kategori Bujang
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan

KADAR BAYARAN BTR FASA 1

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button