Bulan lalu telah berlangsungnya persidangan di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam ucapannya, Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) akan diteruskan iaitu pada tahun ini.
Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan yang sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN TUNAI RAKYAT (2023)
Kerajaan bersetuju akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur poda bulan Januari nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
MAKLUMAN RASMI MENGENAI TARIKH BAYARAN & SEMAKAN BTR FASA 1
Terbaru, melalui portal rasmi BKM yang sedia ada, makluman mengenai tarikh bayaran dan semakan BTR Fasa 1 telah di maklumkan, iaitu :
- Bayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah pada bulan Januari 2023
- Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
BAYARAN BTR 2023 DI AWALKAN
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
TARIKH BAYARAN BTR FASA 1
Perdana Menteri telah memberitahu didalam ucapannya, bayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan pada :
- JANUARI 2021
Pihak kami JANGKAKAN bayaran BTR Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari ini.
JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Setakat ini, tiada pautan rasmi lagi diberikan bagi memudahkan penerima untuk melakukan permohonan dan kemaskini secara atas talian.
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada info mengenainya.