BTR 2023 : Jadual & Jumlah Keseluruhan Bayaran BTR Yang Akan Diterima – Semak Sekarang!

Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.
Beliau berkata, bayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini bakal memanfaatkan kategori isi rumah dan bujang. Perkara ini telah diumumkan ketika Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR).

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (BTR)
Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai dalam membantu golongan seperti isi rumah berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal dan juga bujang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan BTR 2023 akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2 bilion dan akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak.
Info : Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah bantuan tahunan sama seperti bantuan sebelum ini yang dikenali sebagai, BR1M, BSH, BPR, BKM.
TARIKH BAYARAN BTR FASA 1
Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat akan mula dilaksanakan pada Mac 2023 nanti.
Namun, Kerajaan sedia ada bersetuju untuk mempercepatkan bayaran selepas melihat keadaan rakyat ketika ini dan ianya akan mula diberikan pada :
- JANUARI 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi di umumkan. Apa yang pasti, bayaran akan mula dilaksanakan pada bulan ini seperti yang telah dijanjikan.
KADAR BAYARAN (BTR FASA 1)
Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa, jumlah bayaran pertama (Fasa 1) bagi kategori bujang adalah :
- Kategori Bujang – RM100
- Kategori Isi Rumah – RM300
JADUAL & JUMLAH BAYARAN BTR 2023
Anda sedia maklum kini kita berada dibawah pentadbiran kerajaan baharu. Jika di rujuk kepada kadar dan jumlah keseluruhan BKM yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 Oktober lalu, setiap kategori akan menerima bayaran maksimum RM3000 termasuk bayaran tambahan.
Oleh itu, sekiranya Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ini diteruskan merujuk kepada bayaran BKM yang telah diumumkan, berikut adalah kadar dan jumlah bayaran yang akan diterima :

PERMOHONAN & KEMASKINI
Buat masa ini, tiada makluman rasmi mengenai permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Tunai Rakyat (BTR).
Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada mendapat info lanjut mengenainya.