BANTUANBantuan Tunai Rakyat

BTR FASA 1 : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Telah Diawalkan

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.

Beliau berkata, bayaran bagi Bantjan Tunai Rakyat (BTR) ini bakal memanfaatkan kategori isi rumah dan bujang. Perkara ini telah diumumkan ketika Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR).

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (BTR)

Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai dalam membantu golongan seperti isi rumah berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal dan juga bujang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan BTR 2023 akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2 bilion dan akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak.

Info : Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah bantuan tahunan sama seperti bantuan sebelum ini yang dikenali sebagai, BR1M, BSH, BPR, BKM.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1

Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat akan mula dilaksanakan pada Mac 2023 nanti. 

Namun, Kerajaan sedia ada bersetuju untuk mempercepatkan bayaran selepas melihat keadaan rakyat ketika ini dan ianya akan mula diberikan pada :

  • JANUARI 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi di umumkan. Apa yang pasti, bayaran akan mula dilaksanakan pada bulan ini seperti yang telah dijanjikan.

JUMLAH BAYARAN (BTR FASA 1)

Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa, jumlah bayaran pertama (Fasa 1) bagi kategori bujang adalah :

  • Kategori Bujang – RM100
  • Kategori Isi Rumah – RM300

PERMOHONAN & KEMASKINI

Buat masa ini, tiada makluman rasmi mengenai permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Tunai Rakyat (BTR).

Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada mendapat info lanjut mengenainya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button