BANTUAN

Terkini : Kredit E-Wallet Percuma RM200 & RM100 Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Sama seperti tahun sebelumnya ketika pembentangan Belanjawan 2022, inisiatif e-Pemula buat belia pada tahun hadapan akan diteruskan lagi. Ianya telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

Apa yang menarik e-Pemula pada tahun hadapan, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana mereka akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenainya. 

E-PEMULA 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Pemula Belia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Pemula M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000
Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button