Terkini : Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 Telah Diumumkan

Minggu lalu, Dewan Rakyat telah bersetuju meluluskan Bajet Mini 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan pembentangan ini, sudah tentu pelbagai inisiatif telah diumumkan.
Antara inisiatif yang telah diumumkan adalah, pada Januari 2023 nanti murid-murid yang masih bersekolah akan menerima bantuan tunai sebanyak RM150 menerusi program Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan secara tunai bagi membantu ketua isi keluarga dalam membeli kelengkapan dan keperluan anak mereka memulakan persekolahan pada tahun hadapan.
Berbeza dengan tahun sebelum nya, pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun hadapan akan diberikan kepada pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Info : Untuk makluman, bantuan ini bukan baru pertama kali dilaksanakan, ianya juga telah bermula pada kerajaan terdahulu lagi.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023
Pihak kerajaan telah bersetuju akan mula melaksanakan Bantuan Awal Persekolahan ini pada :
- 12 DISEMBER 2023
JUMLAH BAYARAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu didalam ucapannya ketika membentangkan Bajet Mini 2023, setiap murid akan menerima bayaran sebanyak :
- RM150 seorang