Bantuan Tunai RakyatBELANJAWAN 2023

Rasmi : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) RM100 & RM300 Untuk Ketua Isi Rumah & Bujang Pada Bulan Januari

Sebentar tadi menerusi Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.

Beliau berkata dalam ucapannya, bayaran pertama (Fasa 1) Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini akan mula dilaksanakan pada Januari 2023 nanti.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR).

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (BTR)

Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai dalam membantu golongan seperti isi rumah berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal dan juga bujang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan BTR 2023 akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2 bilion dan akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak.

Info : Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah bantuan tahunan sama seperti bantuan sebelum ini yang dikenali sebagai, BR1M, BSH, BPR, BKM.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1

Sebelum ini, Bantuan Tunai Rakyat akan mula dilaksanakan pada Mac 2023 nanti. Namun, Kerajaan sedia ada bersetuju untuk mempercepatkan bayaran selepas melihat keadaan rakyat ketika ini dan ianya akan mula diberikan pada :

  • JANUARI 2023

JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1

Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bawah, jumlah bayaran pertama (Fasa 1) adalah :
  • Kategori Isi Rumah (KIR) – RM300
  • Kategori Bujang – RM100

PERMOHONAN & KEMASKINI

Buat masa ini, tiada makluman rasmi mengenai permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Tunai Rakyat (BTR).

Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada mendapat info lanjut mengenainya.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button