Tahukah anda, terdapat satu bantuan lagi yang akan diberikan pada bulan Disember ini.
Sekirany individu tersebut adalah layak, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM300 melalui program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Setakat hari ini, seramai 16,889 orang penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM300 setiap orang.
JUMLAH BAYARAN BMT FASA 2
Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM600.
Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu :
- PERINGKAT 1 : NOVEMBER (RM300)
- PERINGKAT 2 : DISEMBER (RM300)
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
CARA PERMOHONAN BMT
Untuk makluman semua, permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah