Orang tua ataupun Warga Emas di Malaysia akan sentiasa menjadi perhatian pihak kerajaan dalam memberi bantuan agar golongan ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
Ketika pembentangan Bajet 2023 Oktober lalu, Kerajaan telah bersetuju akan terus memberi bantuan untuk Warga Emas yang berkelayakan.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
OBJEKTIF UTAMA
Objektif utama bantuan kewangan untuk Warga Emas ini adalah agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Warga Emas yang berkelayakan di negara ini akan menerkma bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).
JUMLAH BAYARAN
Warga Emas yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran secara bulanan berjumlah :
- RM500 (sebulan)
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk memohon :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian