BKM FASA 4 : Kategori Bujang Akan Terima Bayaran RM150 Mula Hari Ini – Semak Sekarang!
Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Untuk makluman, kategori bujang juga turut menerima bayaran pada BKM Fasa 4 ini. Ini kerana, ramai menganggap kategori ini tidak akan terima bayaran.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA FASA 4
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.
KATEGORI BUJANG TERIMA RM150 (BKM FASA 4)
Ramai menganggap bahawa, semua kategori bujang tidak akan terima bayaran pada BKM Fasa 4 ini.
Jika dilihat jadual di atas, kategori bujang IBT yang berumur 59 tahun dan ke bawah, memang tidak terima apa-apa bayaran pada fasa keempat ini.
Akan tetapi, Bujang IBT yang berumur 60 tahun ke atas adalah layak untuk terima bayaran sebanyak :
- RM150
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- TIADA BAYARAN
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
SEMAKAN BKM FASA 4
- https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Pelik pula bantuan ni. Macamana bujang umur 43 tahun. Nak cari kerja memang susah nak dapat walaupun cleaner. Ni akibat pandemik kena berhenti kerja. Sampai sekarang tak ada kerja yang stabil sebab faktor umur walaupun sihat. Simpanan memang kering kalau dah samapi 3 tahun pandemik. Crazy incompetent shit government.