BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Terkini : Pengguna Bank BSN Telah Mula Terima Bayaran BKM Fasa 4 – Semak Sekarang!

Seperti yang telah dijadualkan sebelum ini, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan hadapan iaitu Disember.

Untuk makluman semua, baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran BKM Fasa 4 bermula 15 November nanti.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Pada BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dijadualkan sebelum ini, bayaran BKM Fasa 4 ini akan dilaksanakan pada Disember depan. 

Namun, ianya akan diawalkan bertujuan bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

Tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 4 adalah :

  • 15 NOVEMBER 2022

BAYARAN BANK BSN TELAH DI KREDITKAN

Seperti kebiasaannya, penerima yang menggunakan akaun Bank BSN akan menerima bayaran lebih awal berbanding bank-bank yang lain.

Melalui perkongsian di media sosial, warganet berkongsi yang mendakwa bayaran telah mula dikreditkan bermula hari ini. Berikut adalah skrinshot yang sempat kami dapatkan :

Walaubagaimanapun, diharapkan perkara ini benar. Sekiranya benar, tahniah untuk anda yang berjaya, hehe.

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button