BANTUANBELANJAWAN 2022

Tebus Kredit Shopee Percuma RM400 Sebelum Disember – Tebus Sekarang!

Khas untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Anda berpeluang untuk tebus kredit Shopee bernilai RM400 dan penebusan tersebut kini masih boleh dilakukan.  

Sustainabilty Archieved Via Energy Efficiency ataupun lebih dikenali sebagai SAVE sebelum ini adalah e-rebat atau baucar yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA).

Untuk makluman semua, sebelum ini kementerian tersebut telah pun melancarkan program ini iaitu SAVE 1.0 dan SAVE 2.0. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa pelaksanaan SAVE 3.0 telah dilancarkan di mana e-rebat atau baucar maksimum sehingga RM400.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

SAVE 3.0

SAVE 3.0 merupakan satu program e-rebat atau baucar maksimum RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga. Ianya bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus dapat menyumbang kepada penjimatan bil elektik.

Dengan SAVE 3.0 ini, anda akan menerima insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap tenaga belabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mendapatkan baucar SAVE 3.0 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Pembelian boleh dilakukan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi plaform e-dagang yang di iktiraf seperti ShopeeLazada, dan PG Mall.
  • Pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan Nur Power
  • Penerima e-rebat SAVE 2.0 sebelum ini adalah tidak layak untuk memohon bagi kategori 1
  • Ianya terhad kepada 1 akaun sahaja (first come first serve)

KATEGORI BAUCAR SAVE 3.0

Untuk makluman semua, program ini terbahagi kepada 2 Kategori iaitu :

  • Kategori 1
    • Peti Sejuk Dan Penghawa Dingin 
  • Kategiri 2
    • Televisyen / mesin basuh / ketuhar gelombang mikro / periuk nasi 
Untuk lebih lengkap, rujuk jadual dibawah :
Tebus Bantuan RM 400

PANDUAN PENEBUSAN (SHOPEE)

Sekiranya anda ingin membuat penebusan melalui e-dagang seperti Shopee, sila rujuk gambar rajah dibawah :

Tebus Bantuan RM 400

Tebus Bantuan RM 400

Untuk penebusan melalui e-dagang yang lain, anda boleh rujuk melalui pautan di bawah :

Untuk penebusan secara MANUAL pula, anda boleh rujuk senarai kedai elektrik yang telah berdaftar melalui program SAVE 3.0 ini melalui pautan berikut :
Nota : Sila sertakan sekali Kad Pengenalan dan Bil Elektrik ketika hendak membuat penebusan secara manual.
Tebus Bantuan RM 400

Related Articles