Sehingga ke hari ini, segelintir rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP berharap agar pengeluaran khas KWSP kali kedua dapat dibenarkan.
Ramai mengharapkan agar isu ini terkandung dalam pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu, namun pihak kerajaan tidak mengumumkan apa-apapun mengenainya.
Namun, ingin di ingatkan kepada anda, walaupun pihak Kerajaan tidak meluluskan pengeluaran Khas KWSP 2.0, anda masih boleh lagi mengeluarkan simpanan anda melalui Akaun 2 untuk tujuan tertentu.
Nak tahu? Ikuti perkongsian dibawah.
SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.
Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.
SENARAI PENGELUARAN SIMPANAN KWSP AKAUN 2
TELEGRAM RUJUKAN MALAYSIA
Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :
Pembayaran Ibadah Haji
- Pengeluaran khas ini bagi tujuan menampung pembelanjaan berkenaan ibadah haji dan bukan kos keseluruhan haji
Pembayaran Rawatan Perubatan
- Merupakan ahli KWSP
- Masih belum mencapai umur 55 tahun dan keatas
- Ahli KWSP yang masih mempunyai simpanan di akaun 2
Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
- Merupakan ahli / pencarum KWSP
- Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum sebanyak RM 500,000
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun
Pengeluaran Untuk Pendidikan