Golongan suri rumah di negara ini kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif Kasih Suri Keluarga Malaysia (KWSP).
Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Melalui bantuan ini, pelbagai faedah yang akan di perolehi melalui skim i-Suri dari KWSP ini di mana ibu-ibu dapat menabung dan jugak dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini berserta cara untuk memohon.
MANFAAT BANTUAN I-SURI
Berikut adalah manfaat ataupun kadar bantuan keseluruhan melalui skim i-Suri KWSP ini :
- Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2022.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
- Pemohon yang layak bakal menerima Dividen Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lain
- Bukan itu sahaja, melalui skim i-Suri ini, bantuan kematian dan bantuan hilang upaya pun akan diberikan pada kadar :
- Bantuan Kematian : RM2,500
- Bantuan Hilang Upaya : RM5,000
SYARAT KELAYAKAN
Sekiranya anda berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
- Berumur 55 tahun kebawah
- Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
BORANG PENDAFTARAN & CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :
- MYKAD
- Borang :
➤ i-Suri – I-SURI KWSP 16G (M)
➤ i-Suri – I-SURI KWSP 6A (2)
CARUMAN
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
CARA DAN SALURAN BAYARAN
Berikut dikongsikan bagaimana cara dan kaedah bayaran kepada penerima yang layak :
SOALAN LAZIM
Jawapan : Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.
Berapakah umur yang telah ditetapkan?
Jawapan : Pemohon hendaklah berumur 55 tahun kebawah.
Bagaimana pihak Kerajaan mengkreditkan carumah tersebut ke dalam akaun ahli?
Jawapan : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri ini, anda boleh menghantarkan pertanyaan anda ke :
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry