BANTUANBELANJAWAN 2023BKM

BAJET 2023 : Kadar Bayaran Baharu Bagi BKM 2023 – Semak Sekarang!

Petang kelmarin, telah berlangsungnya pembentangan Bajet 2023. Dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera Bajet 2023 kali ini telah memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion.

Sebentar tadi, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengumumkan dimana, Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 akan ditambahbaik kadar bayarannya.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian ringkas dibawah.

KADAR BAYARAN BAHARU BKM 2023

Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023 nanti, sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :

1)    Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (> 5 anak)

  • RM2,500

2)    Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)

  • RM1,000 – RM2,000

3)    Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)

  • RM500 – RM1,250

4)   Golongan Warga Emas & Bujang

  • Warga Emas – RM600
  • Bujang – RM350

BKM Tambahan 

Bantuan Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding tahun 2022 RM2,500.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button