Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa ketiga kini telah dikreditkan ke akaun penerima yang layak.
Seperti yang diumumkan, bayaran akan berjalan secara berperingkat dan dijangka akan selesai pada 27 September ini. Tahniah kepada penerima yang berjaya!
Anda sedia maklum, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat mengenai BKM bagi Fasa 4 dimana terdapat 3 kategori yang akan terima bayaran sehingga RM900.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
KADAR BAYARAN BKM FASA 4
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- TIADA BAYARAN
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900
TARIKH BAYARAN BKM FASA 4
Seperti yang telah dijadualkan, pelaksanaan bayaran BKM Fasa 4 akan dilakukan pada :
- DISEMBER 2022
Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat rasmi mengenainya.