BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Pengguna Bank BSN Telah Mula Terima Bayaran BKM Fasa 3 Bermula Semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 pada BKM FASA 3 ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

Pada pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) kali ini, kategori penerima yang layak akan menerima bayaran maksimum sehingga RM900.

TARIKH RASMI BAYARAN BKM FASA 3

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 3 akan bermula pada :

  • 20 SEPTEMBER 2022

Ianya serentak dengan pembayaran Rayuan dan di jangka berjalan sehingga 27 September 2022.

BAYARAN BKM FASA 3 TELAH MULA DIKREDITKAN

Melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook dan Telegram, terdapat perkongsian dimana mereka mendakwa bayaran BKM Fasa 3 telah mula dikreditkan ke akaun mereka. 

Kebanyakannya mereka ini adalah pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak kami sempat ‘skrinshot’ perkongsian mereka.

SEMAKAN BKM FASA 3

Semakan status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button