BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM FASA 3 : Kategori Penerima Yang Akan Terima Bayaran RM900

Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa kedua telahpun dilaksanakan bermula 27 Jun lalu. Seramai 8.6 juta penerima telah menerima bayaran sehingga RM 500.

Nak tahu kategori penerima mana yang akan menerima Rm 900 tersebut? Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu kadar bayaran mengikut semua kategori penerima.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman semua, BKM ni adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

KATEGORI RM900

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran maksimum RM900 :

Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900
Sila rujuk jadual dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 3 Ini.


TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.

Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua. 

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button