Bayaran BKM Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan – Semak Sekarang!

Seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan ini iaitu September.

Untuk makluman anda semua, semakan kelayakan penerima BKM fasa 3 kini telah boleh dilakukan. Di mana paparan seperti “Dalam Proses Pengkreditan” akan dipaparkan sekiranya anda adalah layak untuk menerima bayaran tersebut.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

DALAM PROSES PENGKREDITAN

Dalam perkongsian di media sosial seperti facebook, seorang individu telah berkongsi skrinshot hasil daripada semakan BKM nya seperti dibawah :

Ini bermakna, bayaran BKM fasa ketiga kemungkinan besar akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
  • Tiada Anak – RM 200
  • 1-2 Anak – RM 300
  • 3-4 Anak – RM 400
    • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 100
    • 3-4 Anak – RM 100
    • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

      • Tiada Anak – RM 100
      • 1-2 Anak – RM 100
      • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

SEMAKAN BKM FASA 3

Untuk makluman anda semua, semakan kelayakan BKM fasa 3 bagi penerima yang layak kini boleh dilakukan.

Berikut adalah cara membuat semakan :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dijadualkan, tarikh bayaran akan mula dilaksanakan pada :
  • September
Namun, tarikh rasmi mengenainya belum dimaklumkan lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman mengenainya.

Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh rasmi bayarannya, ianya dijangkakan akan mula disalurkan pada penghujung September 25 hingga 30 haribulan sama seperti bayaran fasa sebelumnya.

Leave a Comment