Kerajaan perkenal Bantuan Kanak-Kanak, dapat tunai sehingga RM1,000, mohon sekarang!
Kerajaan hari ini memperkenalkan bantuan khas bagi membantu kanak-kanak di Malaysia.
Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela.
Berikut adalah butiran lanjut mengenak Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
APAKAH ITU BKK
- Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
- RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
- Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
- Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKK
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi :
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa;
- PGK purata miskin per kapita semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON BKK
- Setiap permohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian Seperti :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.