Bantuan Sara Hidup (BSH) Di Naikkan Sehingga RM1,800 September 2022 – Semak Kelayakan!
Untuk makluman, satu program bantuan iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dinaikkan kadar bayarannya sehingga RM1800 pada bulan September nanti.
Bantuan ini adalah bertujuan bagi membantu dalam meringankan beban mahasiswa Negeri Sembilan yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah atau golongan B40.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN SARA HIDUP MAHASISWA
Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa ini bertujuan dalam membantu meringankan beban seluruh mahasiswa yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah umumnya.
Apa yang menarik pelaksanaan bantuan tersebut kali ini, kerajaan Negeri Sembilan bersetuju akan menaikkan kadar bayatan sehingga RM150 berbanding sebelum ini hanya RM100 sebulan.
KADAR BAYARAN BARU BANTUAN SARA HIDUP MAHASISWA
Seperti yang telah di umumkan, kadar bayaran Bantuan Sara Hidup Mahasiswa ini akan di naikkan daripada :
- RM 100 sebulan kepada RM 150 sebulan
- RM 1,200 setahun kepada RM 1,800 setahun
PENGUATKUASAAN KADAR BAHARU BSH MAHASISWA
- September 2022
KELAYAKAN BSH MAHASISWA
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,210.00
- Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atas
- Peringkat Diploma / Sarjana Muda / Ijazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK
- Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan
- Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan
- Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat DUN
- Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau sebarang bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan
- Ibu atau bapa mestilah penerima BSH
- Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diproses
CARA MOHON BSH MAHASISWA
- Permohonan BSH Mahasiswa perlu dibuat melalui talian (online).
- Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan.
- Dokumen sokongan hendaklah disahkan benar oleh pejabat ADUN/DUN/WAKIL
- Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/WAKIL perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
- Lengkapkan borang permohonan online di pautan berikut :
Borang Permohonan BSH MAHASISWA 2022 (Yayayasan Negeri Sembilan)
MAKLUMAT LANJUT
No Tel : 06 762 8046
Emal : admin@yns.gov.my