Alhamdulillah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa kedua telahpun dilaksanakan bermula 27 Jun lalu. Tahniah kepada penerima yang layak menerima manfaat BKM tersebut.
Namun, bagaimana pula dengan bayaran BKM ketiga? Adakah anda tahu bahawa, penerima yang layak akan menerima bayaran sehingga RM900 apabila fasa ketiga dilaksanakan.
Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah untuk tahu mengenai tarikh bayaran, dan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut semua kategori.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 300
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 100
- 3-4 Anak – RM 100
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 400
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Penerima yang layak pada fasa ketiga nanti, mereka akan menerima bayaran tersebut pada :
- SEPTEMBER 2022
Walaubagaimanapun, tarikh rasmi belum dinyatakan lagi. Namun, pihak kami jangkakan bahawa bayaran fasa ketiga akan bermula pada penghujung September nanti (25 – 30 September).
Apapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat rasmi mengenainya.
SEMAKAN BKM FASA 3
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :