Bantuan Khas Remaja & Belia RM150 Akan Diberikan Bermula September

judul gambar

Khas untuk remaja ataupun belia (bujang) di Malaysia. Pada bulan September nanti, golongan ini akan menerima bayaran sebanyak RM150 sekiranya menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk makluman semua, bantuan seperti ini berjalan sebanyak empat kali dalam setahun dan ianya telahpun dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu bulan Mac dan Jun lalu. 

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

judul gambar

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

BANTUAN KHAS BELIA & REMAJA (BUJANG)

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini. Sekiranya individu tersebut layak, berikut adalah kadar bayaran yang bakal di terima :

4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

MAKLUMAT TAMBAHAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada memaklumkan ketika beliau menyentuh isu berkenaan kenaikan harga barang ketika ini. Beliau memberitahu dalam sidang media dimana, kadar bayaran BKM akan ditambah jumlahnya sekiranya kadar kenaikan harga barang kian meningkat.

TARIKH BAYARAN

Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.

Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua. 

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Leave a Comment