Kerajaan Telah Bersetuju Bagi Pertimbangkan Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Anda sedia maklum, pada Julai lalu satu petisyen bagi pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah di buat. Ianya sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP bersetuju agar pengeluaran tersebut dapat dibenarkan.
Melalui petisyen tersebut, ianya telah mendapat sambutan rakyat Malaysia yang mengharapkan agar pengeluaran tersebut dapat dibenarkan.
Ini menunjukkan rakyat Malaysia ketika ini begitu terdesak apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah.
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0 AKAN DIPERTIMBANGKAN
Timbalan Menteri Kewangan ll, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada Isnin kemarin menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0.
Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerajaan pertimbangkan pada masa sekarang.
“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang Kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.”
Dan paling penting katanya, Kerajaan sekarang sedang teliti menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu buka saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat Kerajaan optimumkan sebaiknya.
SENARAI PENGELUARAN SIMPANAN KWSP AKAUN 2
Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :
Pembayaran Ibadah Haji
- Pengeluaran khas ini bagi tujuan menampung pembelanjaan berkenaan ibadah haji dan bukan kos keseluruhan haji
Pembayaran Rawatan Perubatan
- Merupakan ahli KWSP
- Masih belum mencapai umur 55 tahun dan keatas
- Ahli KWSP yang masih mempunyai simpanan di akaun 2
Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
- Merupakan ahli / pencarum KWSP
- Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum sebanyak RM 500,000
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun
Pengeluaran Untuk Pendidikan