BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Rasmi : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Tahniah kepada penerima BKM yang telah layak menerima bayaran BKM fasa 2 pada Jun lalu dimana Seramai 8.6 juta penerima telahpun menerima bayaran sehingga RM 500.

Seperti yang kita tahu, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran secara berperingkat. Dan pada September nanti, bayaran fasa 3 pula akan mula dilaksanakan.

Oleh itu, ikuti perkongsian kali ini adalah mengenai tarikh bayaran, dan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut semua kategori.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman semua, BKM ni adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 200
    • 1-2 Anak – RM 300
    • 3-4 Anak – RM 400
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
  • Tiada Anak – RM 100
  • 1-2 Anak – RM 100
  • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas
  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
  • RM 150
Sila rujuk jadual dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai kadar bayaran BKM Fasa 3 Ini.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

Penerima yang layak pada fasa ketiga nanti, mereka akan menerima bayaran tersebut pada :

  • SEPTEMBER 2022

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi belum dinyatakan lagi. Namun, pihak kami jangkakan bahawa bayaran fasa ketiga akan bermula pada penghujung September nanti (25 – 30 September).

Apapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat rasmi mengenainya.

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘SEMAK’
  • Sahkan kata kunci keselamatan dan klik ‘YA’ jika betul
  • Sahkan kata laluan yang didaftarkan 
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button