BANTUANJKM

Kanak-Kanak Di Malaysia Bakal Menerima Bantuan Kewangan Sehingga RM1000 Sebulan – Semak Sekarang!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan sedia ada pasti akan menyediakan bantuan khas untuk kanak-kanak di Maklaysia melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Bantuan yang dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini adalah khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela.

Berikut adalah butiran lanjut mengenak Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

APAKAH ITU BKK

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
  • Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.

JUMLAH BAYARAN BKK 2023

Sekiranya kanak-kanak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  1. RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
  2. RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
  3. Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKK

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi :
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa;
    • PGK purata  miskin per kapita semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON BKK

  • Setiap permohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian Seperti :
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BORANG YANG BERKAITAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button