BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Penerima BKM Layak Menerima Insentif Kewangan Berjumlah RM 1,000

Khas untuk penerima BKM 2022. Sekiranya anda adalah penerima BKM 2022, anda layak untuk memohon dan menerima instentif yang disediakan kerajaan berjumlah RM1,000.

Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan ini. Untuk makluman anda, permohonan bagi bantuan ini telah dibuka bermula 15 April lalu lagi.

Untuk itu, ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

SKK 2022

SKK 2022 adalah singkatan bagi Skim Khairat Kematian. Setiap penerima BKM 2022 adalah layak untuk menerima bantuan kewangan yang disediakan ini.

KADAR BANTUAN

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 yang layak, anda boleh membuat tuntutan pada kadar :

  • Amaun Tuntutan – RM 1,000 bagi setiap individu yang layak

TARIKH TUNTUTAN

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) ini boleh dilakukan bermula :
  • 15 April 2022

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan mengenai syarat kelayakan bagi menerima manfaat SKK 2022 ini :
  • Kahwin; atau 
  • Ibu bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia adalah tidak layak menerima bantuan SKK ini
Skim Khairat Kematian SKK 2022

KAEDAH TUNTUTAN

Wakil yang telah didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK ini, iaitu :

  • Pasangan

    • Dokumen : Sijil Perkahwinan / Sijil Lahir Anak
  • Ibu
    • Dokumen : Sijil Kelahiran Pemohon
  • Bapa
    • Dokumen : Sijil Kelahiran Pemohon

  • Anak

    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
      • Dokumen : Sijil Lahir Wakil (Anak Tiri) / Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
    • Anak Angkat
      • Dokumen : Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN / Pengesahan Agensi Kerajaan
  • Adik Beradik
    • Dokumen : Sijil Kelahiran / Sijil Kelahiran Wakil
  • Cucu 
    • Dokumen : Sijil Kelahiran Wakil (Cucu) / Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Wakil
Sebarang tuntutan SKK RM 1,000 ini, ianya boleh dituntut secara tunai melalui mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Skim Khairat Kematian SKK 2022

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Ketika ingin membuat tuntutan, pastikan anda menyediakan dokumen lengkap seperti :
  • Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad Pengenalan asal wakil
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

SOALAN LAZIM

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh rujuk dibawah :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button