Bantuan Seisi Keluarga Sebanyak RM700 – RM900 Pada September Nanti
Khas untuk isi keluarga yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap isi keluarga yang layak, mereka akan menerima bantuan kewangan secara tunai sebanyak RM700 sehingga RM900 pada bulan September nanti.
Bantuan tunai ini adalah untuk isi rumah yang berpendapatan rendah. Ianya bertujuan bagi membantu dari segi kewangan agar keperluan keluarga mereka sentiasa mencukupi.
Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai bantuan tunai tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
BANTUAN SEISI KELUARGA RM700 – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM900
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
Sila rujuk jadual dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai jadual penuh bayaran BKM Fasa 3 Ini.
SEMAKAN BKM FASA 3
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
- https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran