Dalam menghadapi beberapa tahun yang mencabar lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang melanda, Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu khususnya golongan yang terjejas.
Setiap tahun pasti akan ada bantuan yang diumumkan melalui pembentangan belanjawan. Ianya bertujuan agar keperluan dapat disalurkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Di tahun 2022 melalui Belanjawan 2022, sudah pasti pelbagai bantuan baru telah diumumkan. Di antara bantuan tersebut adalah, bantuan tunai berjumlah RM 600 akan diberikan kepada individu bujang.
Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
BANTUAN RM 600 UNTUK INDIVIDU BUJANG
Ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan secara tunai berjumlah RM 600 untuk golongan bujang. Bantuan ini dikenali sebagai “Bantuan Keluarga Malaysia”.
Bantuan Keluarga Malaysia bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung (B40) berikutan ketika ini kadar insflasi kian meningkat.
KADAR BANTUAN
- Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan (berumur 60 tahun ke atas) – pendapatan RM 5,000 ke bawah
- RM 600
- Individu Bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah :
- RM 350