Ini Kategori Yang Akan Terima Bayaran RM900 Pada BKM Fasa 3
Kita sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa kedua telahpun dilaksanakan pada Jun lalu. Seramai 8.6 juta penerima telah menerima bayaran sehingga RM 500.
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran BKM fasa ketiga akan diberikan pada September nanti. Setiap kelayakan, penerima akan menerima bayaran maksimum RM 900.
Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut kategori penerima manakah yang akan menerima bayaran maksimum RM 900 itu.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 300
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 100
- 3-4 Anak – RM 100
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 400
- 1-2 Anak – RM 400
- 3-4 Anak – RM 400
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
Kategori Yang Menerima Maksimum RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM900
TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Buat masa ini, tiada makluman rasmi lagi bilakah tarikh bayaran fasa ketiga ini. Apa yang pasti seperti yang telah dijanjikan dan dijadualkan, ianya akan dilaksanakan pada September nanti.
Apa yang kami boleh simpulkan disini mengenai tarikh, pihak kami jangkakan ianya akan dibuat pada penghujung September ini sama seperti bayaran fasa pertama dan fasa kedua.
SEMAKAN BKM FASA 3
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :