Senarai Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Malaysia Bulan Ogos Yang Perlu Anda Ketahui

Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjaga keharmonian rakyat Malaysia. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan khususnya individu yang terjejas, pelbagai bantuan telah dan akan disalurkan.

Oleh itu, berikut adalah jenis berserta tarikh bantuan yang perlu anda ketahui pada bulan Ogos 2022 ini.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN OGOS 2022

Bantuan PerantiSiswa Fasa 2

Untuk makluman, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan dengan bantuan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peranti tablet. 

Pihak kerajaan ini telah menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta juga diikuti oleh syarikat telekomunikasi terpilih yang telah menyumbang sebanyak RM65 juta.

Sebarang permohonan, boleh rujuk DI SINI

Bantuan-bantuan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial di Malaysia. 

Pelbagai jenis bantuan yang disediakan melalui agensi seperti ini dan ianya akan diberikan pada setiap bulan sekiranya individu tersebut berkelayakan.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk DI SINI

Kredit Shopee RM 400 (SAVE 3.0)

Dengan SAVE 3.0 ini, anda akan menerima insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap tenaga belabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Untuk tebus kredit percuma ini, boleh rujuk DI SINI

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil bagi membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung ekoran musim tengkujuh,

Untuk makluman semua, bantuan seperti ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dan para pekebun yang layak mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM600. 

Sebarang permohonan boleh rujuk DI SINI

Di harap perkongsian kali ini ianya dapat memberikan manfaat kepada anda. Semoga permohonan anda berjalan lancar dan berjaya.

Leave a Comment