BKM Fasa 2 : Tarikh Rasmi Bayaran Rayuan BKM Telahpun Di Umumkan

Sedia maklum, bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa kedua telahpun dilaksanakan pada penghujung Jun lalu.

Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.

Namun, ramai tertanya-tanya mengenai bilakah pembayaran rayuan BKM fasa 2 yang telah diluluskan mula disalurkan? Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tarikh rasmi bilakah ianya akan diberikan.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

Semakan Bayaran BBKM FASA 1

TARIKH BAYARAN RAYUAN BKM FASA 2

Pembayaran rayuan yang telah diluluskan pada BKM fasa 2 lalu akan mula di salurkan pada :

  • Bayaran Fasa 3 & Fasa 4
Ini bermakna, ianyakan disalurkan serentak dengan pelaksanaakn bayaran fasa 3 dan 4 nanti yang bermula September dan Disember 2022.

SEMAKAN BKM

Semakan status kelayakan BKM Fasa 2 boleh dilakukan bermula :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

 

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

BAYARAN KHAS TAMBAHAN BKM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan kepada setiap penerima golongan B40 yang layak.

BKM Tambahan sebanyak RM100 untuk isi rumah, manakala RM50 untuk golongan bujang.

Keseluruhan BKM Tambahan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion yang akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.

  • Kategori B40 Isi Rumah : RM100
  • Bujang : RM50

KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :

Berjaya Kredit 

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tiada Akaun Bank :

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau 
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
bayaran BKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment