Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan kepada individu yang belum memiliki lesen melalui Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM). Ianya bertujuan untuk membantu bagi mempermudahkan urusan harian individu berkelayakan setelah dapat lesen.
Terkini, Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia akan diadakan di Parlimen Ayer Hitam. Jadi, individu yang berkelayakan sangat di alu-alukan untuk menyertai program tersebut kerana penyertaan tersebut adalah terhad.
Untuk itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenainya.
BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA
Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) merupakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program ini diperkenalkan dengan matlamat ianya dapat membantu mempermudahkan urusan harian bagi individu berkelayakanh setelah memiliki lesen memandu.
SYARAT KELAKAYAN BLKM
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui BLKM sekiranya individu tersebut ingin menyertainya :
- Berumur 50 tahun ke atas
- Golongan kategori B40
- Pengundi di parlimen Ayer Hitam
- Tidak pernah menduduki ujian undang-undang
- Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak Polis
TARIKH PENYERTAAN
- Selewat-lewatnya 5 Ogos 2022
CARA DAFTAR BLKM
- Hadir ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ayer Hitam
YURAN PENYERTAAN
Ingin di ingatkan kepada anda, penyertaan program ini adalah terhad kepada 50 peserta sahaja.